Pages

Friday, 15 November 2013

Caremel Custard

Assalammuaikum....Ari nie tekak terasa nak makan dessert. Tengok dapur mum kejap apa yang ada (lepak d rumah mum)...ada telur, gula....caramel!!! (Homemade caramel dalam jar) hrmm teruslah terbayang caramel custard, perhaps terliur kejap, tanpa membuang masa jom kita perang ngan dapur!!!

Caramel Custard

Bahan-bahan
•3 biji telur
• 500ml susu
•50gm gula
•20gm gula (untuk buat caramel)
•1 sk vanilla essence

Cara-caranya

> Pukur telur dan susu sehingga sebati
> Masukkan gula dan vanilla essence. Gaulkan
> Untuk caramel -> Letakkan gula dan tiga sudu air ke dalam *sauce pan.Panaskan dengan api sederhana,bila dah mendidih,tutup api dan gaul sehingga warnanya keperangan. Tuang ke dalam Loyang
> Tuangkan bahan-bahan tadi ke loyang yang sama dengan caramel tadi
> masak dengan cara meletakkan air di bawah loyang (ala2 double boiler) masak 375F (190c) 45 min
> Bila da masak, biarkan sejuk seketika barulah d simpan ke dalam peti sejuk.
Lebih sedap dihidang sejuk...selamat mencuba~

* sauce pan yang saya guna adalh yg jenis tebal dan menyimpan haba


Monday, 4 November 2013

Lagu kanak-kanak

Hi, salam 1 Malaysia. Nak cerita pasal lagu kanak-kanak versi melayu, bukan lagu twinkle twinkle little star versi melayu k! Pelik sangat bunyinya nanti ^^, v

Serius cakap jarang dah dengar orang nyayikan lagu kanak-kanak dengan anak-anak..biasanya pakai app kat hp je (maklumlah teknologi semakin canggih) jadi budak-budak boleh pilih lagu-lagu yang mereka minati. Even anak aku yang berusia setahun 3 bulan pun da pandai guna hp aku...hahaha

Tuesday, 25 June 2013

Inteview yang rosak

Salam semua, ni nak cita kelmarin aq da ikut satu inteview kerajaan tapi aq rasa macam malang semacam sbb masa inteview dia cakap pengalam kerja aq xda kena mengena dgn pa yg dia mahu...yang kedua aq lupa nak hafal definasi kerja, tata tertip kerja dan juga kerja2 yang perlu d buat..sebenarnya aq ingat tapi nie first formal ever interview jadi aq gagap gila semuanya aq lupa..paling aq x bleh terima bila drg tanya pasal isu semasa(aq ari2 tgk berita) gara2 panik semacam aq lupa semua..aq rasa sgt teruk..aq tgk muka panel tu aq tau da keputusannya ;'( sedih sangat nie...aq mmg xkan tunggu lansung keputusannya( tpi klu kna terima syukur sgt2)^^,
iPhone

Friday, 31 May 2013

[MTV] Hafiz - Bahagiamu Deritaku with lyrick

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=setjH0MzfGs&feature=youtube_gdata_player


Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku - Hafiz

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Sunday, 19 May 2013

Assalammualaikum...today aq happy sangat2, kelmarin fon nie 'mogok' xnak bagun seharian..nasib baik lah x sampai nak antar ke kdai..klu x sia2 lg terbang $$...sebelum aq nak antar ke kedai aq sempat lagi minta pendapat orang sekeliling...da yang cakap nak d format balik, da yang suru beli hp baru( mmg gila!!) da yang cakap hp Too Tired yang mana katanya mmg betul..hehe..jadi seharian lah aq x mhadap fon...lol, pa2 pun skng da bleh gun tgk lah skng nie pun aq sedang mgunakan mobile mail tuk wat entry^^ sayang betul aq fon nie...hehe

Friday, 17 May 2013

Bosan

Di malam yang sunyi ni aq terasa macam nak layan semua cita yang aq blom penah tgk...twilight...haha..macam syok jak cita nie sampai byk yang tergila2 watak utamanya...masa mula2 keluar cita nie banyak dapat hit tapi aq mmg tak berpeluang sangatlah nak tengok..semacam tak da tarikan...anyway skang nie aq nak layan single sambil tengok DVD cita nie dr episode awal hingga akhir (credit to my sister in law)..anyway good luck to me^^

Thursday, 16 May 2013

masi baru belajar

Assalammualaikum..
Lepas m'ikuti kelas cara2 untuk blogger ari tu aq slalulh guna email untuk wat entry bru tpi jaga2 klu tersalah sikitjak..habislah ( klu pkai hp aq x bleh nak edit trus ke blog) maklumlah aq pakai fon murah2 je..klu sapa yang cian kat hamba Allah nie tolong bagi tunjuk ajar ckit^^ tq

Monday, 13 May 2013

Sarapan pagi

Kebelakangan nie cuaca sangat2 sejuk pada waktu pagi dan petang, hanya mendung pada tengah hari...Aq nie driver dan suri rumah half time^^
Selalunya pada waktu petang yg hujan dan sambil drive plg umah da saja makanan yg bermain d minda...Almaklumlah pada waktu2 yang sejuk begini badan kita sentiasa perlukan makanan untuk mengekalkan suhu dalam badan..berbalik pada makanan, aq da terfikir nak makan curry ayam...yummy^^ hehe..then, adik ipar aq plak offerkn diri tuk masak..aq jadi tukang sdiakan bahan2 je...bila da habis makan, lauk plak masi banyak bersisa..aq pun trus buat doh tuk karipap..tapi karipap tu aq panaskn sdia d kuali dalam kurang drpd 30 saat..sok pagi2 blehlah kami satu family mkn karipap hahaha^^
resipinya aq hentam je..
•lauk curry ayam kentang
Tuk doh plak aq guna
•tepung gandum
•lemak sayuran or margerin
•air
•secubit garam
Semua bahan2 aq agak2... aq penah wat sblm nie tapi aq mmg x wat pa2 anggrn..^^

iPhone

Tuesday, 9 April 2013

Sayang drypers






Anak bongsu aku masuk 8 bulan...dan rambutnya belom pun tumbuh banyak..huhu


Ini baby gurl, tapi kebanyakkan orang yang jumpa  baby piqa cakap rupanya macm baby boy...huhu tak sabar rasanya nak tengok rupa baby nie panjang rambut.

Nak di jadikan cerita, aku suka beli lampin pakai buang jenama drypers.Aku suka mengumpul Barcode nya selepas kena advice oleh pembantu rumah jiran .hehehe...Dia cakap majikannya mengumpul barcode tu untuk ditukarkan kepada hadiah..Last aku pun coba lah..selalunya aku redeem dengan pampers juga sebab aku pernah minta redeem dengan barang as toys..haram, sampai sekarang pun tak dapat-dapat (mengharap dari tahun lalu).
Selain tu, aku juga berkongsi maklumat parenting ngan para parent secara online, yalah nak minta pendapat dan memberi pendapat.. kalau anda nak join klik je link ni ->http:// www.drypers.com.my/
dan sign in..klah jumpa di sana :)

Sunday, 7 April 2013

Kebosanan yang teramat sangat

Assalammualaikum, di hari ahad yang panas ni memang sukar untuk saya membuat kerja-kerja rumah seperti biasa sebab cuaca begini biasanya akan membuat badan kita berpeluh dan cepat haus.Badan kita perlukan banyak air untuk penhidratan (jadi minumlah air banyak). Untuk saya sendiri saya lebih suka minum air suam berbanding air sejuk. Yang sebenarnya, saya lebih suka lagi waktu panas begini kerana baju-baju akan cepat kering dan bolehlah cepat siap lipat dan merehatkan diri...Selain itu, saya lebih suka membaca apa jua yang penting boleh menghilang kebosanan yang ada dalam diri ini^^


Tuesday, 2 April 2013

Suatu hari yang indah dengan senyumannya

Alangkah indahnya dunia seorang bayi...Bangunnya dengan senyuman yang iklas tanpa perlu risau akan masalah2 dunia...haha..ini anak bongsu saya...love her sooo much!!

Sunday, 31 March 2013

Aq budak baru

Aq budak baru kat blogger nie..

kek pisang^^

Saya suka masak kek, walaupun saya nie budak baru belajar, dalam banyak-banyak resipi one of my fav is kek pisang(tu yang paling laku..hehe) resipinya senang je..

Kek Pisang

2 cwn Tepung gandum / Tepung naik sendiri *
1/2 cwn Minyak masak
1 cwn Gula halus (saya suka guna gula perang)*
2 biji Telur Gred B
1sk Soda Bikarbonat*
1sk Penaik (klu da pkai tepung naik sndiri x perlu gna)*
3 biji Pisang Berangan* (Hancurkan)

Cara-cara
1. Asingkan telur putih dan kuning.Ketepikan
2. Campurkan bahan-bahan bertanda *.Gaulkan sehingga sebati.
3. Tambahkan telur kuning dan minyak masak pada bahan-bahan tadi, gaulkan sehingga sebati.
4. Pukul putih telur sehingga bertanduk.
5. Gunakan keadah fold in untuk mencampurkan putih telur dengan bahan-bahan yang telah d gaul sedia.
6. Oven yang telah dipanaskan 10 min (180c 30-45min).

Selamat mencuba~